HIMPUNAN CERITA LAWAK ^^



#1

Aku menjeling padamu,
kau lantas tertunduk malu.
nafasku tersekat2
muka mu merah menahan malu.
kau bangun untuk pergi tetapi aku pantas memegang tangan mu....
Aku tatap wajahmu tatkala kau mengangkat malu muka.
Lalu aku pun berkata…..”KAU KENTUT YA?!”

#2

Ingatlah..
jika dimarah kamu DIAM..
jika difitnah kamu SENYUM..
jika dikeji kamu KETAWA..
Nescaya dgn berbuat demikian,
kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE

#3

Ku hampiri katil mu…
kutatap wajahmu…
kukucup ke2 belah pipimu…
ku bisikkan ke telinga mu…

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUUN…

#4

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

#5

Di dalam sebuah hutan, kelihatan 3 orang saintis sedang melakukan kajian ala-ala National Geographic gitu. Tiba-tiba,
“TANGKAP MEREKA !”
segerombolan puak kanibal pemakan
manusia menangkap 3 saintis tersebut.
“Kamu bertiga ditangkap kerana menceroboh tanah kami. Hukumannya kamu akan dimakan !” jerit ketua kanibal.
“Tolonglah kami, kami merayu lepaskan kami” kata saintis A.
“Kami anak ramai lepaskan kami” rayu saintis B.
“Lepaskanlah kami. Kami sanggup buat apa saja” kata saintis C.
Ketua kanibal berfikir sejenak.
“Baiklah, kamu bertiga akan dilepaskan tapi dengan 2 syarat”
“Apa saja syaratnya janji kami selamat” jawab saintis serentak.
“Syarat pertama, kamu dikehendaki untuk mencari 10 biji buah yg
sama jenis. Kalau pisang, 10 biji pisang tetapi tidak boleh sama dalam
kalangan kamu. Kalau sorang cari pisang, yang lain
kena cari buah lain. Masa diberikan hanya 1 jam” terang ketua
kanibal. Mendengar arahan ketua kanibal, 3 saintis terus mencari 10 biji buah
tanpa berfikir panjang kerana tak nak rugi masa. Mereka tidak sempat
untuk mendengar syarat kedua. Sejam kemudian,
“Kamu ! buah apa kamu bawak ?” tanya ketua kanibal.
“Nenas !” jawab saintis A.
“Baiklah. Syarat kedua untuk kamu dilepaskan ialah aku akan sumbat 10
biji buah yang kamu cari ke dalam lubang punggung masing-masing. Siapa
yang keluar suara akan dibunuh !”
Nenas pertama disumbat ke punggung saintis A.
“Hpppffff !”
Saintis A masih bertahan. Nenas kedua disumbat.
“AAARRGGGGHHHH !”
Saintis A berteriak.
“Bunuh !” arah ketua kanibal kepada anak buahnya.
“Kamu ! buah apa kamu bawak ?” tanya ketua kanibal.
“Ciku ” jawab saintis B.
“Baiklah. Sekarang 10 biji ciku akan disumbat ke dalam saluran pencernaan
kamu”
Ciku pertama disumbat. Saintis B hanya tersenyum. Ciku kedua disumbat. Saintis B buat muka selamba. Sampai la ciku kelapan, saintis B masih bertahan. Tiba-tiba,
“KAHKAHKAHKAHKAHKAH KAHKAHKAH !”
Saintis B ketawa berdekah-dekah !
“Kamu ! keluar suara ! bunuh !”
Ketua kanibal mengarahkan anak
buahnya membunuh Saintis B. Saintis A dan Saintis B yang dah mati bertemu di alam roh.
Saintis A : Aku nak tanya sikit. Apesal ko gelak time kena sumbat ciku
tu ?
Saintis B : Mane tak gelaknya. Time aku kena sumbat ciku kelapan
tu, aku ternampak member kita yg sorang lagi baru sampai. AKU
NAMPAK DIA BAWAK BUAH DURIAN !

#6

CERITA TENTANG AYAM DAN LEMBU...
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
... Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!!
Ayam : LA...?????

#7

Budak 1:Semalam aku dapat korek . best gila :)
Budak 2:Best ar kau dapat korek korek . cerita ar aku nak tahu jugak !
Budak 1:Mula mula aku korek pakai jari telunjuk,dah tak tahan sangat aku pakai jari
hantu pulak !
Budak 2:Tak menjerit pulak kena korek ?
Budak 1:Menjerit ar dah ar tajam kuku aku !
Budak 2:Kau buat kata mana ?
Budak 1:Kat rumah aku jea .
Budak 2:Mak kau tak tahu ke ?
Budak 1:Mak aku buat bodoh jea !
Budak 2:Cerita ar ending dia .
Budak 1:Aku korek korek last last keluar pun ,bukan main KUNING lagi haa !
Budak 2:Kau korek apa nie =,="
Budak 1:Aku korek telinga . Asal ?
Budak 2:.......

#8

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lalu si suami pun membatalkan hasratnya untuk berkahwin lagi.

#9

..Syukur Yunus.. Setelah sekian lama di
perantauan akhirnya Rahmat
pulang ke kampung untuk
berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah
tidak kuat lagi, nenek minta kamu
sambung mengusahakan kebun
nenek..

." Rahmat : "Jangan cakap macam
tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia
aku balik kampung... dapat pulak
harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan,
ternakan, villa, traktor untuk
kamu. Tolong jaga baik-baik,
jangan lupa disiram tiap hari
tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan
bimbang tentang hal itu... Tapi
dimana kebun nenek? Rahmat
tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek,
FARMVILLE, nanti nenek bagi tau
passwordnya.

" Rahmat : "?????"..

#10

kawan2 mari belajar bahasa inggeris k

1. 'Saya' dlm bhs BI apa?
Jawapan : I
2. 'Kerusi' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Chair
3. 'Merah' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Red
4. 'Beruang' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Bear
5. 'Merah' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Red
...
A. Cuba sebut jawapan tuh satu-
persatu.Apa yg anda telah sebut?
1. 'Saya' dlm bhs BI apa?
Jawapan : I
2. 'Ckp' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Say
3. 'Ikan Paus' dlm bhs BI apa?
Jawapan : Whale
B. Sekarang cuba sebut yg ni
pulak.Harap² dpt jawapan dia ya!

#11

Seorang anak b'tanya kpd ibunya.
Anak : Ma,bl hrijdi saya ke-17 nanti,blh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh,nanti mama akan atur'n.
Anak : Ma,blh saya m'ajak kwn2 saya skali?
Mama : Boleh,nanti mama urus'n jemputannya.
Anak : Ma,blh saya pakai bju br b'warna pink tak?
Mama : Boleh,nanti mama belikan.
Maka tblah hrijdinya yg ke-17 itu,b'pestalah dirumahnya,kwn2nya sudah dtg,anak itu memakai baju brnya & kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma,blh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah mama,pd hrijdi ke-17 ini kan t'jd cuma skali dlm hdp,takkan pakai lipstick pun tak boleh
Mama : Tidak boleh! Kamu boleh adakan pesta,kamu boleh menjemput kwn kamu, kamu boleh pakai bju pink baru itu,TP kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : AZWAN!!kali ini mama tidak mahu berkompromi..TIDAK BOLEH, kamukan LELAKI!

#12

"TAK CANTIK"
Si isteri yang berusia 65 tahun menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai di depan cermin.Dia berpusing ke kiri ke kanan membelek perut,peha,kaki,tangan dan leher yang semakin menggeleber.
Isteri:Abang, badan saya dah gemuk.Lemak banyak.Kedut sana,sini.Tak ada
bahagian yang cantik lagi.
Suami:Hummm....
Isteri:Abang, pujilah saya sikit... Dari tadi asyik tengok saya atas bawah
Suami:(Sambil memakai cermin mata).Tahniah, penglihatan awak masih baik lagi!

#13

‎~~Duit $5 Sen~~~

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

#14

‎~~Racun~~

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi."Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.""Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis.

#15

``cepat kering``

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif
dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran
yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering.

#16

‎pada suatu hari Beruang, Singa dan Khinzir bertemu di hutan...
Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."
Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."
Khinzir kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"...

#17

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh dengan pembantu rumahnya. lalu si suami ingin meleraikan pergaduhan tersebut. si suami pun bertanya…
Suami : Sayang, kenapa bising-bising ni? apa yang berlaku?
Isteri : Seluar dalam I hilang, Tentu si Sulis (Nama samaran pembantu rumah) yang curi, I beli mahal tu dekat Pavilion.
Suami : Ala, 1 seluar dalam pun nak gaduh-gaduh, Nanti I belikan U seluar dalam baru yang lagi mahal.
Isteri : Bang.. bukan 1 seluar dalam I yang kena kebas, Tapi 10 helai!
(Si suami terperanjat lalu bertanya kepada pembantu rumahnya)
Suami : Haah! Sulis, kamu ke yang mencuri seluar dalam itu?
(Pembantu rumah pun menjawab)
Pembantu Rumah: gak pak, saya tidak curik pak, bapak kan tahu saya gak pernah pakai seluar dalam…
~xD
Kantoi….!!!

#18

lokasi : Disebuah kediaman orang2 elit di bandaraya kuala lumpur.

situasi : Dengan tergopoh-gopoh boboi yang berumur 5 thn berlari2 masuk ke rumah.

anak : Dady....Mumy ...!!
Dady : kenapa anakku?
anak : kawasan rumah kita dah dihuni orang miskin.
Dady : kenapa kau kata begitu anakku?
anak : Jiran kita itu pasti orang yang sgt miskin
Dady : kenapa kau kata dia miskin? keluarga disebelah walaupun kita tak kenal, tapi dady pasti dia kaya. tengoklah kereta mewah dia dah 4-5 biji diluar tu.
anak : boboi pasti dia miskin sebab boboi lihat mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen.

#19

Sedang abu memandu kreta,tb2 sbuah motor Harley Davidson memintas & penunggangnya b'teriak, aloo..bro!pernah naik harley ke tak?kemudian meluncur laju.
Hampehnyer mamat!Br naik Harley dah sombong!Tak bley jdi nie.
Abu memecut & b'jaya memintas Harley.Xlm kemudian,Harley t'sebut b'jaya memintas lg,& penunggangnya b'teriak, bro penah naik Harley ke tak?harley itu meluncur lju meninggalkan kreta abu.
Hampeh! Hoi!B'lagak...eksiden br padan muka! Jerit abu.
Rupanya disuatu selekoh tajam, Harley t'sebut mmg kemalangan & penunggangnya dihempap motor Harley.Setelah th yg t'libat itu ialah Harley yg b'lagak td abu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.
Bro, pernah naik Harley tak?kata penunggang Harley sambil menahan sakit.
Ha?Kau ni dah eksiden macam ni pun masih nak berlagak lagi ke?Apa yg kau nak haa?Kata abu dgn bengangnye.
Lalu penunggang Harley itu pun m'jwb,maksud aku,aku nak tanya kalau kau pernah naik harley..boleh la bagitau aku kat mana BREK moto nih?!

#20

~Anjing Pembantu~

Bono melihat org buta sdg melintas mengikut anjing pembantu yg dipegang talinya. Setelah melintas, tiba2 anjing itu kencing dikaki org buta itu. Org buta itu membongkok & mengosok2 kepala anjing itu. Bono yg melihat kelakuan org buta itu kehairanan.

"Dia kencing dikaki awak, mengapa awak gosok2 kepalanya?" tanya Bono.
"Saya tahu," org buta itu mengakuinya..
"Saya kena cari kepalanya dulu baru boleh tendang buntutnya!"

#21

Seorang nenek yang menyeberang jalan hampir-hampir dilanggar motor lalu penungang m0tor merasa marah. . .

Penungang :"Nenek buduh!!! Menyeberang jalan bukan nak tengok kiri kanan dulu!!"

Nenek : "kau tu yg buduh!! nak langgar aku pun tak kena..!! Buta ke... .?!!!"

#22

‎[PALSU]

s'orang doktor gigi sangat marah t'hadap s'orang pelanggannya .

doktor : apalah awak ni , mna boleh bayar dgn mnggunakan wang palsu .
pelanggan : itukan nama nya adil
doktor :adil apa kalau wang itu tidak sah diperlakukan
pelanggan : bukankah saya membeli gigi palsu , jadi biarlah sama2 palsu..

#23

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.
Abu : Ayah ku mempunyai beberapa buah banglow yang cukup besar.
Ali :Ayah ku lagi hebat,dia seorang Pengarah Urusan disebuah hotel 5 Bintang di Amerika.
Abu : Apa pula pekerjaan ayah kamu, Azwan?.
Azwan : Ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan.
Ali : Wow Terer giler! Apa pekerjaannya?
Azwan : Polis Traffic.

#24

Tersebutlah kisah, ade kmalangan kat tepi jalan...
maka sorang perempuan ni tolong la org yg kemalangan tu,
x sempat pompuan tu buat apa2 muncul la seorang lelaki yang konon nya nk jadi hero tros menyelah dan mnyuruh pompuan tu berundur.
Lelaki : Ketepi cik, saya ni bekas PBSM skola rendah, sy ada belajar ilmu ubat luka.
Pompuan : ......
nak di pendekan cerita, 10 minit lelaki ni dok belek2 org yg kemalangan tu.. tetiba pompuan tu lak menyelah
Pompuan : Kalau awk perlukan Doktor, saya ade di belakang awak okay?...

#25

ajoi : sumardi , semalam masa aku menyisir rambut di hadapan cermin , tiba2 saja cermin tu pecah ... kenapa ya ?

sumardi : ohh , tu tandanya cermin tu jijik tengok muka kau yang hodoh ...

ajoi : ohh ya ke ? isk3 ... (sedih)

sumardi : jangan sedih kawan , semua tu dah kenyataan ... kisah aku pulak lebih kurang kau juga ...

ajoi : ohh kita sama hodoh rupanya ...

sumardi : tak juga , sebab setiap masa aku pandang cermin , wajah justin bieber yang muncul , lalu aku tumbuk cermin hingga pecah ...

#25

Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapaknya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapaknya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapak : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa pak... anak jiran sebelah kan
bapaknya cerdik......"tapi bapak : ??

#26

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua….depa nie dok sembang dalam satu
bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah tak ingat kat mana aku letak….

Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korang pun still okey lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja) Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……

Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk pintu tu……???

#27

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall.Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung je.Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia." Pak, itu amenda pak?"Bapak menjawab," Entah lah nak.bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh.

"Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan pintu lif terus tertutup.tidak lama kemudian pintu lif terbuka.TINGGGG!!!!!keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE.lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah.“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH.CEPAT!!

#28

Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Nurul geram melihat suaminya Helmi yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Helmi. Sambil berjalan keluar dia berkata,

"Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!"

Helmi tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.

Helmi: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...

Nurul: Ya, saya percaya.

Helmi: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free.
Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?

Nurul: Sebab saya yang raba punggung wanita tu...

#29

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang.

Suami: Ini dah melampau, gunakan telefon sesuka hati! Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja!

Isteri: Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak: Oh sorry....saya gunakan SMS aja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Pembantu rumah @ Bibik : Loh, apanya kalian ribut-ribut? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja, sama juga dengan saya!

#30

Sekeluarga Lalat sedang menjamu selera (tahi)..
Anak: Papa, blh sy tnya satu soalan.
Bapa: Soalan apa?
Anak: Kenapa Hari2 Kita makan Tahi?
Bapa: Shhhhh..... Jgn ckp benda kotor masa makan...

#31

Jika anda berlari menuju impian dan tiba-tiba terjatuh, bangkit semula dan teruskan berlari tanpa men0leh ke belakang........sebab ada anjing kat blakang tengah mengejar..hahaha

#32

ngantuk punye pasal..gosok gigi sambil tutup mata..sekali tergosok gigi dengan pencuci muka..hamek kau..kan da pahit...!!!haw haw...

#33

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

#34

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

#35

Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.

" Mahal sangat nie", kata perempuan itu.
"Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah,

"Sial, yang ini pun tak pakai kasut."

#36

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.
Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat cerewet pulak tu…”

#37


cuba geleng2 sikit.. kalau anda boleh baca, brmakna penglihatan anda masih bagus.. :)

#38

panas!! panas!!
Cepat tengok TV3: Hard
Rock Cafe KL dibom,
semua tingkat roboh,
polis sudah tangkap
pengebomnya,
dilaporkan 127 terkorban,
261 cedera, 150 pengsan
dan SATU kena TIPU
hahahaha!!

#39

seorang pengemis muka comot, kurus kering,meminta wang 10 rgt dari seorg kaya..
Lelaki: kalau saya bagi 10 rgt adakah kamu minum arak?"
Pengemis: oh tdk tuan.. saya tdk suka minuman keras..."
Lelaki: Habis tu..adakah kamu mau buat berjudi?"
Pengemis: tentu tdk tuan,saya tdk suka berjudi..
Lelaki: mungkin kamu akan cari perempuan?"
Pengemis: Tidak,tdk.seumur hidup saya...tdk pernah main perempuan"

lelaki kaya itu berfikir sebentar lalu berkata lagi

Lelaki: begini sajalah....kamu ikut saya blk rmh...saya perkenalkan kamu dgn isteri saya...setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu..."
Pengemis: buat apa tuan?"
Lelaki: saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorg lelaki tdk suka berjudi,tdk suka minum arak,tdk suka main perempuan...hasilnya adalah seperti kamu ini"

#40

Seorang nenek tinggal berjiran ngan seorang pemuda..

Di pendek kan citer, setiap kali pemuda tersebut pergi mandi, nenek nie mesti nk skodeng@mgintip..

Hampir tiap² ari..

Pada suatu hari, pemuda tersebut menegur,

“nenek nie suke skodeng org mandi erk? Kalo laen kali nenek bwat lg, sy rogol nenek!!..

Nenek 2 pun menjawab.. ” Janji tau…(o‿0)

#41

Jalan Terkangkang
Dua orang pelajar Kolej Perubatan bersiar -siar kat bandar.Mereka terserempak dengan orang tua jalan terkangkang -kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua itu tentu menghidap Sindrom Petry,"

Pelajar B kata "Tak lah,dia menghidap sindrom Zovitzki,"

Mereka hampir bergaduh pasal hal ni .Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu ?"Mereka bersetuju.

Pelajar A :Kami tengok pak cik jalan terkangkang,boleh kami tahu pakcik menghidap penyakit apa?

Orang tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A : Saya fikir pak cik menghidap sindrom petry.

Pelajar B : Saya pulak fikir pak cik menghidap sindrom Zovitzki.

Orang tua : Dua -dua pun bukan....

Pelajar A+B : Habis tuuu??

Orang tua : Emmm,sebenarnya aku nak kentut tadi...tapi terberak pulak dalam seluar ...sebab tu aku jalan terkangkang.

HEHEHE

#42

‎-Rokok-

Seorang pelajar lelaki sedang merokok di sebuah tempat perhentian bas. Tiba2 ada seorang pegawai polis menghampiri anak muda itu.
Polis: "Kenapa kamu merokok?"
Pelajar: "Kerana saya suka, pak."
Polis: "Berapa belanja kamu? Satu hari berapa banyak duit kamu bakar utk beli rokok?"
Pelajar: "Sekotak rokok berharga RM10.50, pak!"
Polis: "Kalaulah kamu simpan duit itu setiap hari, pasti kamu dapat beli motor. Tak perlu bersusah-payah menunggu di bas yang sesak ini.."
Pelajar: "Boleh saya tanya sama pak?"
Polis: "Silakan."
Pelajar: "Adakah pak merokok?"
Polis: "Tentu tidak."
Pelajar: "Tapi saya tak nampak motor pak pun??"

#43

Ali & Abu berkhemah di dalam hutan.. Pd malamnya, mereka tidur la dalam khemah mereka.. tgh sy0k2 tido, tiba2 Ali mengejutkan Abu.. @Ali: wei abu, bangun cepat bangun !
*Ali: bangun wei, cuba kau tgk atas..
*Abu: hmm, wah cantiknya bintang2 kt langit tu kan..
*Ali: ha'ah mmg cantik, kau tau tak ape maknanya?
*Abu: ape maknanya?
*Ali: maknanya, khemah kita kena curik la bodo! =='

#44

abu sedang mnghidap penyakit yang dirinya juga kurang pasti itu penyakit apa.. lalu abu pun pergi kesebuah kedai lalu bertanya "tauke, disini ada jual ubat yang boleh mngobati apa sahaja penyakit tak?". Tauke itu pun menjawab "ada, ini dia ubat 1001 penyakit" lalu abu pun membelinya. Selang beberapa hari penyakit itu tidak juga sembuh. Abu pun kembali kekedai tauke tersebut dengan rasa marah lalu bertanya "tauke! Ini obat tidak bagus. Tauke cakap mujarap. Dengan rasa takut tauke tersebut pun menjawab "ouhh.. Ini obat untuk 1001 penyakit, pasti penyakit awak yang ke 1002. Abu pun percaya. Kantoi, bahlol betul.. hahaa

#45

Ade 3 org adik beradik, namenye GILA,OTAK&GADUH.satu ari ni,GADUH hilang GILA & OTAK ni nk cri GADUH kt balai polis.GILA msuk OTAK kt luar..
GILA:Sy nk cri GADUH.
Polis:kau gila ke??
GILA:ya sy GILA.
Polis:x de otak ke??
GILA:OTAK ade kt luar

#46

Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa
makanan, encik?"
Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada." Pengemis itu pun
mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.
Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan
bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya
tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.
Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut, akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual! Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai," Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya, "Ada paku?"
"Tidak ada," jawab tuan warung.

#47

Male: Marry me??..
Female: Do you have a house??..
Male: No..
Female: Do you have a BMW car??..
Male: No..
Female: How much is your salary??..
Male: No salary.. BUT
Female: No but. You have nothing.. How can i marry you.?? Leave please.!!
Male: (talk to himself) I have one villa, 3 property lands, 3 Ferrari, 2 Porsche.. Why I still need to buy BMW.?! How can I get the salary when actually I'm the BOSS

:: take that girls. next time be patient n listen to wat guys have to say ::

#48

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

#49

Cikgu : *Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu :* Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : *Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
... Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : *Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!

#50

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….

ps:sayangi orang tua kita ye..jgn nakal2..

PERHATIAN!!
MINTAK SEMUA YG VISIT BLOG INI, TLONG LAH FOLLOW BLOG NI YE... :)
OKAY, TU JE.. THANKS SEBAB BACA PAGE NI.. SEE YA!

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
sila tinggalkan komen anda di sini..
SATU pun jadi lah ! hehee