Tuesday, December 20, 2011

hari paling sedih sepanjang 15 tahun aku hidup kat bumi Allah ni..




*sigh*
aku pun dah tak tahu apa yg aku nak cakap..
segala kesedihan, keperitan, kedukaan yang terkandung dalam hatiku ini,
sangat sukar untuk aku ungkapkan atau nukilkan kepada kata-kata..
terlalu pedih apa yang aku lalui hari ini..

sebelum cuti hujung tahun bermula,
aku dah berjanji dengan kawan-kawan rapat aku, nak adakan jalan2 sebelum ambil result PMR..
balik tu, aku dah tnya my parents..
diorang cakap,
okey, pergilah
siang berganti malam, hari berganti hari,
aku tunggu saat2 indah, keluar makan bersama dengan kawan-kawan, main bowling dengan mereka,
beli barangan cenderamata sama-sama, sangat seronok dapat lakukan segalanya dengan sahabat..
banyak perkara yang perlu aku lalui sebelum tibanya hari tersebut, iaitu 20 Disember 2011..
contohnya, terpaksa pergi CAMPING BODOH kat Selangor, BUANG MASA kat Perak, SIA-SIAKAN TENAGA aku untuk beli barangan hantaran untuk majlis pertunangan akak aku, BERPANAS-TERIK temankan akak aku berniaga kat POLITEKNIK, macam2 yang aku perlu buat sebelum tibanya hari yang aku nanti-nantikan hampir sebulan ini..
aku macam orang bodoh, ORANG BODOH! sebab setuju je nak buat semua benda ni..
padahal, aku patut sedar,
semua yang aku buat ni, takkan pernah dihargai pun..
family aku bukan kisah berapa baldi peluh aku menitik sekadar nak penuhi kehendak diorang je..
yang diorang tahu,
timah, buat ni! buat tu!
tak pun, kadang2 tu, aku bangun lambat (sebab tak da sapa2 pun yg kejut s***!!)
lepas tu, mula lah :
hang ingat bagus sangat ke bangun lambat2 hah!?
kalau tak cakap macam tu pun, mesti cakap macam ni :
hang ingat hang cantik sangat la nak bangun lambat2!? Bodoh punya budak!
and, yang paling aku tak leh lupakan, ayat ni :
hang hidup ni untuk apa!? takkan la sekadar nak makan, tido, tgk TV, baca komik, main game!? cubalah pikir sikit!!!!?

hahaha.. aku langsung tak dapat nak tahan air mata aku untuk berhenti menitis sekarang ni.. :')
setiap kali aku dikeji dan dihina, aku hanya senyum je..
aku tahu, aku tak layak untuk hidup dalam keluarga ni..
semua ahli keluarga aku, sangat2 lah perfect..
AYAH aku, pernah jadi SENATOR.. malah, lulusan ENGINEER dari Amerika..
MAK aku, suri rumah yg BERJAYA.. pakar dalam semua bidang BAHASA..
KAKAK SULUNG aku, selalu dapat pointer yang terbaik semasa kat MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS.. malah dapat bertunang dengan lelaki kacak, yang penuh dengan ciri-ciri suami idaman mak aku.. (sebab tu mak aku paling sayang kakak sulung aku)
ABANG aku, dia pakar dalam BIDANG KOMPUTER.. dia gak ada kereta.. dia bole berdikari, cari kerja sendiri, cari duit sendiri.. mak aku bangga sangat dengan dia..
KAKAK KEDUA aku, tengah belajar kat POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHYAH.. walaupun mak aku macam tak berapa suka dekat kakak aku yang ini (sebab dia agak BERSOSIAL), tapi kakak aku kena bersyukur.. sebab mak aku lebih sayangkan dia berbanding aku.. semua keinginan kau mak turutkan...
ADIK-ADIK aku, semua nya manja.. but, yang paling GEDIK dan MANJA tu lah yang paling mak aku sayang...
semua nya sempurna di mata mak aku... but, aku sorang ja yang mak aku sentiasa nampak CACAT-CELAnya merata-rata..
aih...
serius ni, aku langsung tak dapat nak tahan air mata aku untuk bergelinang..
dari pagi tadi lagi sehingga sekarang, mata aku merah... sebab aku sentiasa menangis hari ni...
hahahaha... macam orang bodoh kan?? :')
kawan-kawan call pun, aku masih menangis.. penat aku cover suara aku agar tak serak...
harap-harap mereka tak baca post aku yang ini..... :') :')

aku,
hanya harap satu benda je...
aku tengah berusaha untuk berubah seperti yang mak aku inginkan
maka,
aku harap,
mak aku akan berhenti hina dan keji aku depan adik-beradik aku yang lain lagi...
hanya tu je yang aku mintak buat masa sekarang.. atau sampai bila-bila..

Mak,
aku sayang Mak..
aku harap,
semua yang mak buat kat aku selama ni,
dah cukup untuk balas semua jasa Mak sebab dah kandungkan aku dan melahirkan aku di dunia ini...
aku,
sayang Mak... :')

sincerely,
anak kau yang langsung tak SEMPURNA.. :')