Friday, September 9, 2011

Buat Awak yg Saya Sayangi.. :)



awak,
kenapa awak bersikap seperti ini?
memandang saya sama seperti gadis2 lain?
adakah saya tidak istimewa walaupun sedikit?
saya tak mahu sama seperti gadis2 yang pernah awak cintai

awak,
tak boleh ke awak buka pintu hati awak?
sedikit sahaja, awak?
saya langsung tak ada peluang nak masuk
kerna awak seola-olah tidak memberi peluang kepada saya
walaupun sedikit

awak,
saya sendiri tak sangka yang saya akan jatuh cinta pada awak
kerna tahun lepas saya sukakan kawan baik awak
tapi sangat mengejutkan, tahun ini saya sukakan awak
mungkin kerana tahun lepas saya asyik memerhatikan kawan awak sahaja
namun, lama kelamaan, mata saya terpandang awak sekali
pandangan itulah yang membuatkan saya tertanya-tanya
siapa nama awak? awak ni jenis lelaki yang macam mana? adakah awak sudah ada kekasih?
benar, saya tidak tipu

awak,
tahun ini pula, awak sekelas dengan saya
satu jam subjek English yang awak kena bentangkan di hadapan kelas
membuatkan saya asyik memandang awak seorang sahaja
sehinggakan saya perlu mengulangkaji semula di rumah
saya tidak dapat fokus akan apa yang diterangkan awak di dalam kelas
awak sangat comel ketika itu, awak
wajah awak yang takut pentas
senyuman keresahan awak
penggunaan bahasa inggeris awak yang kelakar
segalanya tampak indah ketika itu di mata saya, awak

awak,
kenapa awak kata saya sukakan 'orang tu'?
awak pun tahukan 'orang tu' adalah kawan baik saya sendiri?
mana mungkin lah saya akan sukakn kawan baik saya sendiri?
segila mana pun saya, saya takkan sukakn kawan baik sendiri
itulah prinsip hidup saya
adakah kerana itu awak tidak dapat menerima hati saya?

awak, bagilah saya peluang
untuk saya buktikan yang saya benar2 sukakan awak
saya sungguh tidak bisa hidup tanpa awak
hari2 mendung saya kian cerah dengan hadirnya awak dalam hidup saya
kebosanan belajar saya kian ditangani dengan datangnya senyuman dari bibir awak

awak,
setiap kali awak lalu tepi kelas saya,
awak tahu apa yang saya fikirkan?
kenapa awak tak pandang saya? kenapa awak mesti jalan dengan kawan awak? awak tak fikirkan saya?

awak,
pernah tak awak pertimbangkan tentang perasaan saya pada awak?
saya rasa tak, dan saya rasa mungkin ya
tapi awak tak pernah bagi jawapan pun?
saya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, awak
agak2 la kan, bila ya awak hendak berikan jawapan awak kepada saya?
mungkinkah, awak fikir saya hanya sukakan awak hanya untuk seketika?
oh tidak, itu tidak benar, sama sekali tidak!
perasaan saya pada awak tidak akan pernah luntur!
walaupun naluri saya mengatakan awak dah reject saya
tapi saya tetap sukakan awak

awak,
pernah juga saya terfikir
mungkinkah saya patut give up je?
dan serahkan awak kepada orang lain?
tapi,
awak seolah-olah awak tidak mengizinkannya
kenapa ya?
awak nak mempermainkan perasaan saya, ya?
haha, saya terlalu sukakan awak malah saya telah sayangkan awak
hinggakan saya berasa begitu sukar sekali untuk saya melupakan dan melepaskan awak pergi

awak,
andai kata hari ini adalah hari jujur sedunia, apa ya yang awak akan katakan kepada saya?
hahaha, saya tidak tahu apa yang akan awak ucapkan
tapi, saya sangat yakin
untuk katakan yang saya sangat menyayangi awak melebihi saya menyayangi orang sebelum ini
dan awak pasti tidak akan mempercayai apa yang saya katakan itu
ya, ya
semua orang cakap saya ni 'cakap tak serupa bikin'
tapi kalau awak memang dah sah tak sukakan saya, untuk apa saya teruskan?
perlukah saya terus gila bayang jika hati awak bukan milik saya?

awak,
saya sukakan awak
sepenuh jiwa dan raga saya
jadi,
saya harap
awak dapat memberikan jawapan awak kepada saya
saya tunggu tau.. =)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
sila tinggalkan komen anda di sini..
SATU pun jadi lah ! hehee